Gensui (Tentera Darat Imperial Jepun)
Gensui (Tentera Darat Imperial Jepun)

Gensui (Tentera Darat Imperial Jepun)

Marsyal Jeneral (元帥陸軍大将, gensui rikugun-taishō) adalah gelaran tertinggi didalam tentera darat Imperial Jepun sebelum perang.Gelaran tersebut berasal daripada gelaran China iaitu yuanshuai(元帥).Istilah pangkat gensui, yang telah digunakan untuk kedua-dua Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun, pada mulanya dipegang oleh Saigō Takamori selaku Panglima Angkatan Tentera (元帥海軍 gensui rikugun) pada tahun 1872. Walau bagaimanapun, pada Mei 1873 Saigō telah "diturunkan pangkat" ke jeneral, selepas itu gensui tidak lagi bergelar pangkat, tetapi sebagai gelaran kehormat yang dikurniakan bagi khidmat bakti yang luar biasa untuk Maharaja - dengan itu sama konsepnya dengan gelaran Marsyal Perancis. Setaraf dengan pangkat lima bintang (OF-10), ia bersamaan dengan Fil Marsyal dalam Tentera Darat British dan Jeneral Tentera Darat dalam Tentera Darat Amerika Syarikat.
Sementara gensui mengekalkan pangkat sebenar jeneral dan laksamana, mereka diberi hak memakai lencana dada enamel sampingan, yang menggambarkan dedaun paulownia antara silangan panji-panji tentera darat dan panji-panji tentera laut dibawah Mohor Imperial Jepun. Mereka juga berhak memakai pedang samurai (katana) khas dari rekabentuk moden pada majlis-majlis istiadat.Di dalam Zaman Meiji, gelaran tersebut telah dikurniakan kepada lima jeneral dan tiga laksamana. Dalam Zaman Taishō ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan enam laksamana, dan dalam Zaman Shōwa ia telah dikurniakan kepada enam jeneral dan empat laksamana. Gelaran yang lebih tinggi iaitu dai-gensui setanding dengan gelaran Generalisimo dan hanya dipegang oleh Maharaja sendiri.Diperhatikan bahawa beberapa kenaikkan pangkat pada tahun yang sama mereka mati; ini adalah kenaikkan pangkat selepas kematian.Gelaran ini juga dianugerahkan kepada Raja George V dari United Kingdom pada 28 Oktober 1918.